Pusat Rawatan Resdong Alternatif Darul Surur
|
> PAKEJ UMRAH & TOUR |
|
> MENGENAI DARUL SURUR |
Perubatan Resdong Alternatif Darul Surur menawarkan perkhidmatan rawatan resdong dan terapi mata. |
> MUQADDIMAH / PENGENALAN |
Bersyukur kepada Ilahi diatas segala nikmat dan rahmatNya yang tidak terhitung banyaknya, Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w diatas risalahNya dan pembawa penawar kepada seluruh alam.Allah tidak menurunkan satu-satu penyakit melainkan diturunkan bersama-samanya ubat dan penawar. Jadi, kita sebagai hamba yang diberikan akal supaya dapat berfikir dan berikhtiar mencari jalan yang sesuai dan serasi asalkan tidak bertentangan dengan Syara’ (Agama) dalam segala masalah yang menimpa kita, semua itu ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi disebaliknya, percayalah… Allah itu maha adil lagi saksama!!!
Sebenarnya, perubatan ini adalah hasil dari gabungan antara dua jenis ilmu, iaitu ilmu warisan peninggalan zaman berzaman dari datuk nenek kita kemudian sambung menyambung sampai ke Baginda Rasullah s.a.w akan berterusan sampai kiamat. Cara kedua, ilmu moden (Masas) yang diterokai oleh doktor dan saintis yang sedang berkembang maju dizaman moden ini. Sebelum cara moden ini tersebar dengan meluas maka cara yang pertama itulah yang digunapakai oleh masyarakat kita seketika dahulu, jangan kita lupakan.
Oleh itu, supaya kedua-dua cara ini tidak lapuk ditelan zaman dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang maka ianya cuba ditajdid semula oleh yang berbahgia Ustaz Mohd. Bazri bin Che Harun atau lebih dikenali denaan panggilan Ust. Basri (Beliau adalah seorang Pendakwah bebas di sekitar Kuala Lumpur & Selangor, yang mendapat tauliah dari JAWI / JAIS. Beliau adalah lepasan dari Pondok Sungai Durian Kuala Krai Kelantan, kemudian meneruskan pengajian ke Karachi Pakistan dalam bidang Quran & Hadith, dan mendapat diploma di MADIWA Bagan Serai Perak, seterusnya ke Al-Azhar Mesir dan kini di Universiti Malaya dalam peringkat MA, dalam bidang yang sama. Sering menerima jemputan dari Masjid, Surau, Pejabat dan lain-lain lagi.)
Sejak kebelakangan ini banyak kes yang berlaku dalam masyarakat kita dan jalan penyelesainnya tidak juga ditemui, maka oleh sebab itulah saya berminat dan cuba membantu dalam masalah yang berkaitan dengan mata dan resdung dengan izin Allah Taa’la jua (lihat dalam testimoni kejayaan yang telah kami capai).
Bagi kes yang berat dan kronik kami ada lagi dua cara untuk menyelesaikannya (Aura) yang tidak dapat disebut disini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ust. Basri di talian: 019-341 4565 , 012-617 6541
“Ya Allah sembuhlah orang-orang yang sakit dikalangan kami, Amin…
|
BIODATA |
USTAZ MOHAMMED BASRI BIN CHE HARUN Pengasas Produk Al-Basri dan Syarikat Darul Surur Dilahirkan pada tahun 1973 di sebuah kampong yang bernama Pondok Lama dan mendapat pendidikan awal / menengah di sekolah atau Madrasah Al- Ehsan Tanah Merah Kelantan Darul Naim. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Madrasah Al-Muhammadiah Pondok Sungai Durian Kuala Krai. Kemudian ke Abu Bakar Islamic Universiti Karachi Pakistan dalam bidang bahasa Arab dan Usuluddin ( Bahagian Quran dan Hadith). Kemudian ke Universiti Al-Azhar Mesir (BA) dan Seterusnya, di peringkat Sarjana (Master) melanjutkan pelajaran di Universiti MALAYA di bawah penyelia Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman. Sering mendapat jemputan untuk memberi kuliah atau ceramah agama oleh pihak Masjid, Surau dan Pejabat. Tidak kurang juga jemputan untuk majlis tahlil dan doa selamat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mula aktif dalam perubatan alternatif pada tahun 2007 khusnya dalam masalah yang berkaitan dengan resdong dan mata bersama-sama dengan kawan yang lebih pakar dalam bidang ini dan kini telah memiliki produk sendiri yang berjenama AL-BASRI. KENANGAN MANIS Kenangan yang tidak boleh di lupakan apabila di jemput oleh pihak Istana dalam satu majlis doa selamat semperna hari keputraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman, dan Baginda merupakan Yang Di Pertuan Agong sekerang. Jemputan ke dua oleh VVIP pembesar Negara ke rumahnya dalam bidang perubatan rasdong ini masih segar dalam ingatan saya hingga kini, dan banyak lagi. |
KAEDAH RAWATAN |
Rawatan Resdong:
Mengeluarkan lendir (sinus) dengan menggunakan formula air zam-zam dan herba tradisional Terapi Mata:
Memberikan terapi urutan saraf mata Bagi masalah mata yang berikut:
Maka kaedah rawatan bagi masalah seperti di atas kami menggunakan cara/kaedah rawatan Islam.
Syarat utama dalam rawatan ini:
1- Berwuduk
2- Suci dari hadas besar.
Bagi pencerahan lanjut boleh hubungi Ust. Basri. |
KOS RAWATAN |
Resdong (per rawatan)
Dewasa/Kanak-Kanak : RM40.00 Terapi Mata :
Percuma |
HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI |
Ustaz Basri Che Harun
|
> LOKASI KAMI |
|
PERKHIDMATAN LAIN |
Darul Surur juga ada menyediakan perkhidmatan lain selain dari rawatan resdong dan terapi mata iaitu:
|